Monday, December 5, 2011

Restoran Nasi Kandar Kapitan BM

Ok...kali ni nak bercerita pulak tentang salah satu kedai favorite untuk nasi kandar nie...Restoran Nasi Kandar Kapitan kali ni bukan di Pulau tetapi dekat seberang perai tengah area Jusco di Bandar Perda BM

Yang di jual dsini sama jugak seperti Nasi Kandar Kapitan HQ di Jalan Kapitan Keling di pulau.. Ada jugak di jual nasi kandar biasa tetapi ini bukan menu "killer"nya...walau bagaimanapun ianya tidak mengecewakan
Menu istimewa disini still lagi roti nan dan ayam tandoorinya yang pelbagai jenis dan nasi beriyani yang superb

Dan yang paling best tentang Restoran mamak ni adalah keadaan yang sangat selesa dengan kerusi yang best...ruang yang luas...tak percaya? tengok gambar suasana di bawah nie
Penilaian Admin:
Kelazatan: 41/2 bintang - Sedap dan best terutama nan tandoori dan beriyani
Parking: 41/2 bintang - Tidak sukar sangat walau waktu puncak
Menu: 31/2 bintang - Lauk pauk tak banyak sangat lebih tumpu pada beriyani dan nan
Kebersihan: 41/2 bintang - Bersih. selesa dan puas hati
Nilai wang: 3 1/2 Bintang. - Agak mahal sedikit

Friday, December 2, 2011

Restoran Sila....O....Sila

Ok kali ni kembali semula kepada nasi melayu...Restoran Sila O Sila yang terletak di Kampung Teluk, Bukit Minyak berhadapan dengan kedai perabut. Restoran ini menjadi tumpuan ketika makan tengah hari kerana kedudukan yang stategik ditengah-tengah kawasan kilang dan lauk pauk yang pelbagai pilihan dan enak

Di sini pelbagai pilihan lauk makan tengahari disediakan termasuk jenis bakar, kari, sambal tumis, rebus dan ulam ulaman

Boleh dikatakan disini adalah antara tempat makan restoran melayu antara yang terbaik di Pulau Pinang ini cuma keadaan agak panas walau telah dipasang banyak kipas

Penilaian Admin:
Kelazatan: 4 bintang - Sedap dan best
Parking: 31/2 bintang - Tidak sukar sangat kecuali waktu puncak
Menu: 5 bintang - Lauk pauk yang sangat banyak dan pelbagai pilihan
Kebersihan: 4 bintang - Bersih dan agak jauh dari jalan kurang habuk
Nilai wang: 3 1/2 Bintang. - Agak mahal sedikit

Monday, November 28, 2011

Gerai Nasi Kandar / Dalca

Selamat bertemu lagi dalam blog ni yang menceritakan tentang makan jer...hahahaha.... kali ni seperti dijanjikan admin hidangkan street mamak yang truly nasi kandar kat penang nie...ini adalah salah satunya walau signboard dia tulis nasi dalca tapi tiada dalca yang dijual kecuali nasi kandar original semata-mata

 Terletak berhadapan dengan TM bagan berhampiran dataran pemuda kat penang port tu...tapi sebelah kampung gajah, gerai mamak di dibuka mulai 6 petang hingga ke awal pagi. Kalau pegi jam 6 tu ayaq tak panaih lagi kena order air tin, limau ais jer yang ada...kalau 6.30 ke atas baru ada air panas. hehe
Istimewa disini adalah lauk dan rempah yang dikisar sendiri memang terbaik punya rasa disamping lauk yang susah di kedai mamak seperti angsa dan sotong kepingan besar yang enak dan lembut. Special kat sini juga adalah pelbagai sup mamak yang memang  terangkat abis.


Penilaian Admin:
Kelazatan: 5 bintang - Semua terbaik lauk pauk disini
Parking: 3 bintang -Agak terhad tetapi tak sukar bukan dijalan utama
Menu: 31/2 bintang -Lauk yang susah nak cari tapi pilihan tak banyak sangat
Kebersihan: 2 1/2 bintang - dekat longkang makan di parking lot dan kaki lima kedai
Nilai wang: 4 Bintang. - standard harga mamak

Thursday, November 24, 2011

Kedai Mamak Zahir @ Sultan

Hmm bertemu lagi hari ni admin pekena breakfast kat kedai mamak zahir atau lebih dikenali kedai sultan dari dulu lagi...terletak di sebelah Alkaria BM, memang kedai lama bertapak disana tak pernah berubah
Kat sini sama seperti kedai-kedai mamak yang lain menjual makanan yang sama dan kedai sultan ini antara tempat breakfast yang terkenal di kawasan ini
Walau bagaimanapun menu untuk nasi kandarnya tidak sepopular seperti kedai lain kerana variety lauk yang tak banyak seperti kedai lain. Disini yang terkenal adalah Beriyani Ayam Kampung dan Kambing. Memang original. Yang terkenal kat sini adalah makanan breakfast iaitu roti canai, sardin, telur yang memang tebal nescaya tak telus pandang.. antara pilihan lain pengunjung disini adalah tosai dan roti bakar



Penilaian Admin:
Kelazatan: 4 bintang - untuk roti canai, tosai dan beriyani
Parking: 2 bintang - sangat susah sebab sebelah jalan motosikal pun agak sukar
Menu: 3 bintang - tak banyak sangat pilihan
Kebersihan: 2 bintang - kedai lama, banyak habuk dan sebelah longkang
Nilai wang: 31/2 Bintang. - standard harga mamak

Kedai Makan Pokok Nyok

Hmm kali ni admin mencuba makanan kat kedai makan Pokok Nyok kat Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam berhadapan kedai kereta Brother's tu...kali ni masakan melayu, lauk pauk pelbagai dari gulai(kari) bawal, pari, ikan bakar keli, temenung (kembung), ulam ulaman dan sayur yang pelbagai.Tidak terkecuali jugak sambal tumis dan sambal belacan yang boleh buat kecur air liur

satu tentang kedai ni yang wat mulut bercerita adalah mengenai harga makanannya...agak mahal jika nak di bandingkan dengan kawasan persekitaran disitu, mungkin kedudukan kedai ini yang strategik di tengah kawasan orang bekerja menjadikan ia tumpuan makan tengah hari untuk golongan yang bekerja di kawasan sekitarnya. Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali hari ahad.
Tips dari admin untuk makan disini cuba gulai bawal/pari, keli goreng bercili atau bilis goreng dengan kacang memang superb.

Penilaian Admin:
Kelazatan: 41/2 bintang - pelbagai lauk pauk melayu dari gulai ke bakar
Parking: 3 bintang - terhad terutama peak hours
Menu: 4 bintang - banyak jenuh pilih
Kebersihan: 4 bintang - ruang makan luas tapi ada yang dekat longkang besar
Nilai wang: 3 Bintang. - mahal, dah tu harga tak tetap lauk sama harga lain

Tuesday, November 22, 2011

Nasi Kandar Kapitan

Salam dan bertemu lagi...excited pulak nak taip pasal makan kat penang ni tapi tak abis lagi pasal nasi kandar ok...kali ni Nasi Kandar Kapitan..antara yang terkenal kat penang nie..FYI walaupun nasi kandar atau kedai mamak ni ada seluruh Malaysia tapi tak sama seperti kat penang...superb tu... Kali ni admin explore Nasi Kandar Kapitan HQ kat Jalan Masjid Kapitan...
ok kalau ke kapitan memang yang terbaik adalah Nasi Beriyani dia lah... ada pelbagai lauk ayam, udang, daging, kambing, ikan, burung unta, sayur...tengok sendirilah nanti...dan yang terkenal kat sini jugak iaitu Nan Tandoori nya yang admin rasa takder kedai mamak lain yang boleh buat roti nan sebaik kapitan :)
Tips makan beriyani ni adalah...apabila mamak hantar jangan terus makan dalam ini periuk tanah dengan ayam di atasnya...kasi tunggu itu pinggan kosong sama kual dal sampai baru....pindah itu ayam atau nasi dalam itu pinggan baru makan tau....hehe
 Ni sebahagian dari ayam yang dihidangkan bersama Roti Nan...boleh cuba mana satu dengan cara masakkan tradisional dari tempayan tanah..
Yang ni admin tak pernah cuba..ada penghantaran tu....untuk area sekitar leh la kot yang malas nak berasak kat kedai dia yang kecik tu

Penilaian Admin:
Kelazatan: 5 bintang - Beriyani & Nan Tandoori
Parking: 2 bintang - susah sangat terutama bawak kereta
Menu: 4 bintang - standard la kedai mamak
Kebersihan: 3 bintang - ramai orang merokok dah la crowded dekat longkang pulak tu
Nilai wang: 3 Bintang. - mahal standard mamak

Monday, November 21, 2011

Nasi Kandar

Yang pertama nak mulakan the most penang favorite adalah Nasi Kandar.. hehe ni adalah salah satu gerai mamak kegemaran admin untuk makan: Subaidah Jalan Thamby Kecik
terletak kat jalan thamby kecik atau dikenali sebagai Subaidah bagan..kat sini adalah antara yang famous dengan ramai orang yang makan. Antara kegemaran admin adalah nasi kandar dia tapi roti dan yang lain kureng sikit. 

Tips: Nak makan panas antara jam 10 pagi - 11 pagi memang lauk baru angkat & 6 petang hingga 7 petang...time lain tak der kick..hehe



terbaikkan? jangan lupa try limau ais dia memang terbaik. And another tips dari admin...penang memang well known the best nasi kandar tapi the best in penang punya nasi kandar bukan di kedai mamak....tapi street nasi kandar..this is the best macam nasi arab, nasi dalcha pokok ketapang, nasi beratur...will update soon...so kalau nak rasa yang asli...attack the street...ini yang original...maaf ye tokey kedai mamak...hehe

Penilaian Admin:
Kelazatan: 4 bintang - aneka pilihan juadah
Parking: 3 bintang - boleh la parking yang banyak
Menu: 41/2 bintang - standard la kedai mamak
Kebersihan: 3 1/2 bintang - ramai orang merokok dah la crowded
Nilai wang: 3 Bintang. - mahal standard mamak