Hmm bertemu lagi hari ni admin pekena breakfast kat kedai mamak zahir atau lebih dikenali kedai sultan dari dulu lagi...terletak di sebelah Alkaria BM, memang kedai lama bertapak disana tak pernah berubah
Kat sini sama seperti kedai-kedai mamak yang lain menjual makanan yang sama dan kedai sultan ini antara tempat breakfast yang terkenal di kawasan ini
Walau bagaimanapun menu untuk nasi kandarnya tidak sepopular seperti kedai lain kerana variety lauk yang tak banyak seperti kedai lain. Disini yang terkenal adalah Beriyani Ayam Kampung dan Kambing. Memang original. Yang terkenal kat sini adalah makanan breakfast iaitu roti canai, sardin, telur yang memang tebal nescaya tak telus pandang.. antara pilihan lain pengunjung disini adalah tosai dan roti bakar
Penilaian Admin:
Kelazatan: 4 bintang - untuk roti canai, tosai dan beriyani
Parking: 2 bintang - sangat susah sebab sebelah jalan motosikal pun agak sukar
Menu: 3 bintang - tak banyak sangat pilihan
Kebersihan: 2 bintang - kedai lama, banyak habuk dan sebelah longkang
Nilai wang: 31/2 Bintang. - standard harga mamak
No comments:
Post a Comment