Salam dan bertemu lagi...excited pulak nak taip pasal makan kat penang ni tapi tak abis lagi pasal nasi kandar ok...kali ni Nasi Kandar Kapitan..antara yang terkenal kat penang nie..FYI walaupun nasi kandar atau kedai mamak ni ada seluruh Malaysia tapi tak sama seperti kat penang...superb tu... Kali ni admin explore Nasi Kandar Kapitan HQ kat Jalan Masjid Kapitan...
ok kalau ke kapitan memang yang terbaik adalah Nasi Beriyani dia lah... ada pelbagai lauk ayam, udang, daging, kambing, ikan, burung unta, sayur...tengok sendirilah nanti...dan yang terkenal kat sini jugak iaitu Nan Tandoori nya yang admin rasa takder kedai mamak lain yang boleh buat roti nan sebaik kapitan :)
Tips makan beriyani ni adalah...apabila mamak hantar jangan terus makan dalam ini periuk tanah dengan ayam di atasnya...kasi tunggu itu pinggan kosong sama kual dal sampai baru....pindah itu ayam atau nasi dalam itu pinggan baru makan tau....hehe
Ni sebahagian dari ayam yang dihidangkan bersama Roti Nan...boleh cuba mana satu dengan cara masakkan tradisional dari tempayan tanah..
Yang ni admin tak pernah cuba..ada penghantaran tu....untuk area sekitar leh la kot yang malas nak berasak kat kedai dia yang kecik tu
Penilaian Admin:
Kelazatan: 5 bintang - Beriyani & Nan Tandoori
Parking: 2 bintang - susah sangat terutama bawak kereta
Menu: 4 bintang - standard la kedai mamak
Kebersihan: 3 bintang - ramai orang merokok dah la crowded dekat longkang pulak tu
Nilai wang: 3 Bintang. - mahal standard mamak
No comments:
Post a Comment