Hmm kali ni admin mencuba makanan kat kedai makan Pokok Nyok kat Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam berhadapan kedai kereta Brother's tu...kali ni masakan melayu, lauk pauk pelbagai dari gulai(kari) bawal, pari, ikan bakar keli, temenung (kembung), ulam ulaman dan sayur yang pelbagai.Tidak terkecuali jugak sambal tumis dan sambal belacan yang boleh buat kecur air liur
satu tentang kedai ni yang wat mulut bercerita adalah mengenai harga makanannya...agak mahal jika nak di bandingkan dengan kawasan persekitaran disitu, mungkin kedudukan kedai ini yang strategik di tengah kawasan orang bekerja menjadikan ia tumpuan makan tengah hari untuk golongan yang bekerja di kawasan sekitarnya. Kedai ini beroperasi setiap hari kecuali hari ahad.
Tips dari admin untuk makan disini cuba gulai bawal/pari, keli goreng bercili atau bilis goreng dengan kacang memang superb.
Penilaian Admin:
Kelazatan: 41/2 bintang - pelbagai lauk pauk melayu dari gulai ke bakar
Parking: 3 bintang - terhad terutama peak hours
Menu: 4 bintang - banyak jenuh pilih
Kebersihan: 4 bintang - ruang makan luas tapi ada yang dekat longkang besar
Nilai wang: 3 Bintang. - mahal, dah tu harga tak tetap lauk sama harga lain
No comments:
Post a Comment