Terletak berhadapan dengan TM bagan berhampiran dataran pemuda kat penang port tu...tapi sebelah kampung gajah, gerai mamak di dibuka mulai 6 petang hingga ke awal pagi. Kalau pegi jam 6 tu ayaq tak panaih lagi kena order air tin, limau ais jer yang ada...kalau 6.30 ke atas baru ada air panas. hehe
Istimewa disini adalah lauk dan rempah yang dikisar sendiri memang terbaik punya rasa disamping lauk yang susah di kedai mamak seperti angsa dan sotong kepingan besar yang enak dan lembut. Special kat sini juga adalah pelbagai sup mamak yang memang terangkat abis.
Penilaian Admin:
Kelazatan: 5 bintang - Semua terbaik lauk pauk disini
Parking: 3 bintang -Agak terhad tetapi tak sukar bukan dijalan utama
Menu: 31/2 bintang -Lauk yang susah nak cari tapi pilihan tak banyak sangat
Kebersihan: 2 1/2 bintang - dekat longkang makan di parking lot dan kaki lima kedai
Nilai wang: 4 Bintang. - standard harga mamak