Monday, December 5, 2011

Restoran Nasi Kandar Kapitan BM

Ok...kali ni nak bercerita pulak tentang salah satu kedai favorite untuk nasi kandar nie...Restoran Nasi Kandar Kapitan kali ni bukan di Pulau tetapi dekat seberang perai tengah area Jusco di Bandar Perda BM

Yang di jual dsini sama jugak seperti Nasi Kandar Kapitan HQ di Jalan Kapitan Keling di pulau.. Ada jugak di jual nasi kandar biasa tetapi ini bukan menu "killer"nya...walau bagaimanapun ianya tidak mengecewakan
Menu istimewa disini still lagi roti nan dan ayam tandoorinya yang pelbagai jenis dan nasi beriyani yang superb

Dan yang paling best tentang Restoran mamak ni adalah keadaan yang sangat selesa dengan kerusi yang best...ruang yang luas...tak percaya? tengok gambar suasana di bawah nie
Penilaian Admin:
Kelazatan: 41/2 bintang - Sedap dan best terutama nan tandoori dan beriyani
Parking: 41/2 bintang - Tidak sukar sangat walau waktu puncak
Menu: 31/2 bintang - Lauk pauk tak banyak sangat lebih tumpu pada beriyani dan nan
Kebersihan: 41/2 bintang - Bersih. selesa dan puas hati
Nilai wang: 3 1/2 Bintang. - Agak mahal sedikit

Friday, December 2, 2011

Restoran Sila....O....Sila

Ok kali ni kembali semula kepada nasi melayu...Restoran Sila O Sila yang terletak di Kampung Teluk, Bukit Minyak berhadapan dengan kedai perabut. Restoran ini menjadi tumpuan ketika makan tengah hari kerana kedudukan yang stategik ditengah-tengah kawasan kilang dan lauk pauk yang pelbagai pilihan dan enak

Di sini pelbagai pilihan lauk makan tengahari disediakan termasuk jenis bakar, kari, sambal tumis, rebus dan ulam ulaman

Boleh dikatakan disini adalah antara tempat makan restoran melayu antara yang terbaik di Pulau Pinang ini cuma keadaan agak panas walau telah dipasang banyak kipas

Penilaian Admin:
Kelazatan: 4 bintang - Sedap dan best
Parking: 31/2 bintang - Tidak sukar sangat kecuali waktu puncak
Menu: 5 bintang - Lauk pauk yang sangat banyak dan pelbagai pilihan
Kebersihan: 4 bintang - Bersih dan agak jauh dari jalan kurang habuk
Nilai wang: 3 1/2 Bintang. - Agak mahal sedikit